Monday, 1 October 2012

Kegiatan Ekonomi dan Pencemaran

Kegiatan ekonomi yang tidak diuruskan dengan baik boleh mendatangkan kesan terhadap alam sekitar. Kesan-kesan itu ialah perubahan landskap,pencemaran dan kepupusan. Mari kita kaji.

                                   Perlombongan

Kegiatan melombong mineral seperti bijih timah meninggalkan kolam air yang besar, tanah berpasir dan permukaan bumi tanpa tumbuh-tumbuhan. Mari kita teliti gambar di bawah.

Sebelum: Kegiatan perlombongan, kawasan ini terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan.
Selepas: Kegiatan perlombongan, kawasan ini terdaoat kolam air, tanah berpasir dan permukaan tanah tanpa tumbuh-tumbuhan.

Pembalakan

Kegiatan membalak menyebabkan kawasan hutan menjado kawasan belukar. Setelah pokok balak yang berharga ditebang yang tinggal hanyalah pokok-pokok kecil, lalang, palma dan semak samun serta jalan lori balak. Teliti gambar di bawah. 



Sebelum: Kawasan hutan dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.




Selepas: Kegiatan pembalkan menyebabkan kawasan hutan menjadi belukar.

Pembinaan

Kegiatan pembinaan boleh mengubah kawasan hutan menjadi kawasan perumahan, kilang atau bangunan untuk pejabat dan perniagaan. Ada juga kawasan hutan yang dibina infrastruktur seperti lebuh lapangan terbang, pelabuhan dan kabel elektrik. 




Sebelum: Kawasan hutan.


Selepas: Lebuh raya Utara-Selatan.


Pertanian

Kegiatan pertanian telah menyebabkan kawasan hutan semula jadi menjadi kawasan penanaman seperti ladang kelapa sawit dan getah. Mari kita perhatikan gambar di bawah.


Sebelum: Kawasan hutan dipenuhi dengan pelbagai pokok dan hidupan liar.



Selepas: Kawasan hutan diganti dengan tanaman pokok kelapa sawit.





Sekian, terima kasih kerana membaca blog saya.



Nama:RUZ LUQMAN BIN RUZTAMREEN
AHMAD RIZAL BN AFANDI
SYAMIL AIMAN BIN BAHROM
AZHURIL AKMAL BIN ZAINAL
MUHAMMAD AIMAN BIN AHMAD 
MUHD FAHMI ADLI